Time

Assalamualaikum..

:)
Harini balik ke Universiti selepas seminggu bercuti.
Yes, the time I had at home is the most memorable thing...

Selepas sebulan lebih memerah keringat di Universiti, pulang ke rumah adalah perkara yang paling menggembirakan bagi seorang pelajar.
Dapat berbakti kepada ibu bapa dan dapat menatap muka mereka.
Selagi mereka masih bernyawa, kita haruslah menuruti perintah mereka kerana mereka adalah orang yang telah bersusah payah mendidik dan membesarkan kita.

Jadi...saya apabila pulang ke rumah pasti akan mengikut mak saya samaada ke pasar, menghantar adik ke sekolah, membantu di dapur dan sebagainya. Sekalipun kita tidak dapat membantu mereka tetapi dengan menemani mereka , kita dapat bercerita atau mendengar luahan hati mereka. Perkara ini sangatlah penting demi memastikan mereka sentiasa gembira dan dapat merapatkan hubungan.

Masa bersama ahli keluarga..Humm..selalunya keluarga saya akan merancang untuk kemana-mana atau makan malam bersama. Seriously, best..:)
Jadi hargailah masa kita bersama mereka. Kerana...hidup ini hanyalah sementara

p/s : Korang rancanglah percutian yang best2 mengikut bajet korang bersama keluarga..:)
        Bye..



Comments

Popular Posts