Dunia. Ujian. Cinta. Sahabat


Dunia. Ujian. Cinta. Sahabat.

Perkara-perkara ini yang menyebabkan aku tersungkur jatuh dan patah hati. Aku tahu aku terlalu mengikut kata hati dan kurang menggunakan akal fikiran untuk membuat satu keputusan yang rasional. Dan akibatnya, aku kehilangan semuanya dan yang tinggal hanyalah penciptaku yang satu.
Allah.
Maha Besar. Maha Berkuasa. Maha Mengasihani.
Walaupun aku jatuh tersungkur berkali-kali tetapi Dia sentiasa ada untuk menemani hambanya ini.
Adakah dapat aku memperbaiki kesilapanku untuk kesekian kalinya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Dan cerita ini adalah kisah hidupku yang dipenuhi dengan pahit manis kehidupan dan turun naiknya aku sebagai seorang insan yang lemah.

Dunia,
Sekembalinya aku ke pusat pengajian ku kali ini adalah untuk menghabiskan pengajian ku yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.
Ya, dunia ku disini dan dirumah adalah berlainan sekali. Sering kali aku merasakan yang personaliti aku berubah mengikut situasi. Dan aku merasa bersalah setiap kali.
Apakah aku masih layak untuk berada disini? Dicelah-celah manusia yang duniawi tetapi hati ku tak pernah berjalan sekaki dengan mereka ini.
Adakah aku masih lagi menjalani hidup yang diragui ibarat menaiki perahu yang tidak ada arah tujunya.
Ah, aku masih disini menanti tiba masanya hatiku percaya dengan apa yang aku lakukan setiap kali. Mempunyai keyakinan untuk menyatakan dan memberi pandangan.
Aku pasti setiap kisah ada penghujung dan aku harap penghujung ku adalah sebuah cerita yang diberkati oleh Allah s.w.t. Amin.

Ujian
Tiap kali aku ditimpa ujian, tiap kali itu juga aku tak ada daya untuk menghadapinya, tak ada usaha untuk mengusirnya.
Ironinya, aku percaya ia akan berlalu begitu sahaja.
Tapi kenapa hati tak pernah seiring dengan langkah kaki dan kenapa akal selalu meragui dan mempersoalkan kehendak ilahi.
Jadi, haruslah aku bersabar menghadapinya dan biarkan ia berlalu pergi.

Cinta
Sangat sukar untuk dinyatakan sekiranya tidak pernah menjiwainya.
Adakah benar kita tidak pernah merasakan cinta?
Apakah kita lupa bahawa kita mempunyai cinta yang sedia menyayangi kita?
Apakah cinta hanyalah permainan emosi semata-mata?
Bukalah mata dan panjangkanlah akal fikiran agar cinta yang dimiliki nanti bertepatan dengan apa yang dicari.
In shaa Allah.

Sahabat,
Tidak pernah aku ingin menyakiti
Tidak pernah aku ingin mengguris hati
Tetapi sekelumit kesilapan dan kesalahan boleh disalahertikan dengan apa jua bentuk maksudnya dalam persahabatan.
Percayalah, sahabat adalah insan yang aku sayangi walau sekecil manapun erti mereka kepadaku.

 Post ini hanyalah daripada kata hatiku semata-mata, 
Jangan diambil jika tidak pasti.😊

P/s: Jangan pernah mengguris hati manusia kerana ia sangat lembut untuk disakiti.😌


Comments

Popular Posts